Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

– MOTIVASI DIRI

BAGAIMANA  MAHU  LARI  DARIPADA  TEKANAN???

ANTARA PANDUAN  DAN  PETUA  UNTUK  GOLONGAN  MUSLIMAH YANG  TERTEKAN  DALAM  KESIBUKAN  KOTA :

 

1 ) Muslimah harus ingat kelebihan besar mereka adalah dari segi jiwa dan emosinya. Justeru jiwa dan emosi harus dipenuhi. Hanya dia sendiri yang boleh kenalpasti sumber kekuatannya sendiri.

 

2 ) Wanita perlukan kumpulan sokongan yang baik. Selain amalan spiritual seperti zikir, solat, mereka juga boleh tambah ilmu dengan mengikuti kelas agama dam mempelajari kemahiran baru seperti menjahit, memasak dan juga teknologi maklumat.

 

3 ) Cari ketenangan tidak  semestinya dengan wang semat-mata. Cari masa bersendirian di surau atau masjid dengan berzikir dan bersolat untuk pulihkan semangat.

 

4 ) Jangan jadi ‘superwoman’. Ramai wanita mahu jadi super, lantas menyebabkan merek stress. Bayar bil, hantar anak ke sekolah, pergi pasar, buang sampah semua ini dilakukan oleh wanita. Pendek kata kerja remeh-temeh wanita yang lakukan, sedankan tugasnya hanya membantu suami.

 

5 ) Kalau rasa perlu bercuti, maka bercutilah. Jangan rasa bersalah untuk buat semua ini kerana ini adlah sebahagian hak tubuh yang mesti dipenuhi.

 

 

 

 

Advertisements
Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

Mai kita pakat baca wahai yang bergelar WANITA…

Dilema Wanita Berkerjaya di Kota

 

Angan-angan hendak jadi ‘orang besar’ di kota. Begitulah keinginan dan kemahuan bagi setiap golongan wanita yang berkerjaya. Dengan selalu menonton televisyen dan melihat paparan drama mengenai wanita berkerjaya dengan pakaian ala korporat, pejabat besar dan cantik. Azamnya mahu masuk universii di kota, kemudian pula menjawat kerjaya bagus di kota. Mereka juga mahu jadi sebahagian warga kota.

 

Ini adalah antara impian dan angan-angan anak-anak muda sekarang mengenai kehidupan berkerjaya di kota. 20 tahun lalu, kotadilihat sebagai tempat terbaik untuk mencari rezeki. Penghijrahan besar-besaran berlaku, sehinga ramai yang membina keluarga dan kehidupan selesa di kota. Tetapi jika kita lihat pada hari ini, adakah kota masih relevan sebagai tempat mencari ezeki???

 

Kota besar bukan sahaja merujuk kepada Kuala Lumpur tetapi juga ibu negeri lain yang kian pesat berkembang seperti Johor Bharu, Pulau Pinang, Pahang, Kedah dan juga sebahagian besar Bandar di Sabah dan Sarawak yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari rezeki.

 

Hakikat hidup di kota, dengan kesesakan lalu-lintas, banjir kilat, system perumahan yang tidak terancang, kos sara hidup yang tinggi adalah antara cabaran yang didepani warga kota. Para wanita tidak ketinggalan untuk berdepan dengan kemelut seperti ini, sama ada mahu atau tidak, mereka terpaksa bersaing juga dengan keadaan.

 

Bagaimana mereka dapat berdepan dengan cabaran yang dilalui? Bagaimana mereka bergelut dan melepaskan diri daripada perangkap-perangkap persekitaran? Bagaimana pula mereka menyeimbangkan diri antara tuntutan terhadap diri-sendiri, keluarga, dan agama?

 

 

BERKERJAYA  DI  KOTA…. MANA  KESEIMBANGANNYA ???

 

Dalam konteks hari ini, berbaloikah berkerjaya di kota dengan kos sara hidup yang tinggi? Dengan gaji hanya kira-kira RM 2,000 dan tinggal di kota dengan kos perjalanan, minyak, makan minum, tol, masa, dan juga keletihan. Jika kita lihat, pendapatan seperti ini memang tidak berbaloi. Siapa yang tak terperangkap dalam kesesakan setiap hari, berdepan pula dengan urusan pejabat yang tak habis-habis, balik rumah urus anak-anak dan suami pula bagi yang telah berumahtangga.

 

“Kunci kepada semua ini, para wanita yang berkerjaya perlu memahami hakikat keseimbangan kehidupan. Ini meliputi emosi, spiritualdan quotient (ESQ) selain fizikal (F).FESQ ini sangat penting kerana wanita sekarang mengalami keletihan (fizikal dan mental) yang sangat ketara.” Kata Ustazah HHajah Hazlina Abd. Razak iaitu Ketua Wanita Angkatan Belia Islam Selangor.

 

Yang paling utama kata Hazlina, “kita sebagai wanita harus memikirkan semula keutamaan hidup. Untuk apa kita hidup, adakah semata-mata untuk duit? Berdasarkan ajaran  Islam, kehidupan  kita adalah untuk mendapatkan  kebahagiaan di dunia dan akhirat. Justeru sanggupkah kita korbankan segala-galanya untuk dunia sehingga terpinggir akhirat?”

 

Atau kita lepaskan dunia, langsung enggan bekerja untuk mengeja akhirat? Sedangkan Allah sudahpun tegaskan , kita adalah khalifah di muka bumi, apatah lagi jika kita punyapendidikan , maka sewajarnya kita berusaha dalam menyumbang semulakepada agama, bangsa, dan negara yang tercinta.

 

KOTA TAK RELEVAN LAGI

 

            Jika kita melihat di dalam beberapa aspek, berkerjaya di kota sudah tidak relevan lagi dalam konteks hari ini. Sebaliknya dengan kewujudan teknologi maklumat dan komunikasi, sudah wujud kerjaya berasaskan e-home, yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Bagaimanapun untuk membina kerjaya begini memerlukan prasyarat iaitu pengetahuan, kemahiran, dan keupayaan.

 

            Pergelutan hidup di kota juga menyebabkan kita perl mempertimbangkan semula beberapa perkara jika ingin membina kerjaya di sini. Antaranya pengurusan masa, kerana masa mungkin bakal dihabiskan untuk hal yang tidak perlu Walaupun pengangkutan awam seperti komuter, ERL, star dapat mengelak kesesakan lalu-lintas, tetapi itu mengambil masa yang lama pula.

 

            Jika memandu sendiri, kita berdepan pula dengan kesesakan lalu-lintas, malah di laluan lebuh raya juga sekarang sudah sesak. Justeru timbul isu, adakah kita memerlukan masa anjal untuk bekerja dan adkah hal ini sudah terlaksana baik di mana-mana pejabat? Atau mungkinkah pembayaran gaji dibuatkan berdasarkan jumlah jam seseorang bekerja dalam seminggu? Sistem kita juga dipertikaikan, adakah masih relevan  dengan keadaan? Anak-anak bangun sebelum subuh dan ke sekolah dalam gelap, lantas mendedahkan mereka pada ancaman keselamatan.

 

            Kesan terbesar terhadap semua ini, akhirnya boleh menjejaskan kemanusiaan. Timbul persaingan  sengit dari segi tempat, menyebabkan kota semakin sempit. Hubungan kekeluargaan terjejas, ibu bapa keluar rumah sbuh dan hanya baik selepas waktu maghrib. Kos sara hidup meningkat menyebabkan kita melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidup, termasuk yang bertentangan undang-undang. Natijahnya ini meningkatkan lagi kadar jenayah.

 

            Kesibukan tinggal di kota juga kata Hazlina, menyebabkan kita tiada masa untuk menigkatkan diri dari segi keagamaan dan kemahiran. Segala amal ibadat dilakukan secara ekspress, malah kita juga banyak makan makanan segera, pakai duit segera (kad kredit) dan akhirnyakita mati segera kerana serangan pelbagai penyakit!

 

 

NIAT BEKERJA

 

            Seimbangkah hidup begitu? Adakah kehidupan begini yang kita mahu? Di mana fungsi kita untuk jadi Khalifah Allah, kalau kita bekerja hanya untuk mengisi perut dahulu? Dalam Islam, fungsi bekerja sebagai menyatakan kesyukuran kepada Allah dan menumbang semla. Tetapi jika ini yang berlaku, di mana terlataknya niat kiat sebenar?

 

            Namun, Hazlina tidak menafikan lagi, dalam dunia  reality hari ini, hampir semua wanita bekerja kerana mereka harus menampung kos sara hidup yang tinggi. Bagaimanapun katanya, niat sebenar wanita bekerja adalah untuk membantu (suami sebagai ketua), bukan melebihi.

 

            “Tapi apabila sibuk bekerja lebih masa, kerja samilan, berjualan di pejabat lepas kerja, ia mungkin bukan lagi unuk keperluantetapi untuk kemewahan,”katanya.

 

            Tegasnya juga, Islam tidak menghalang umatnya untuk mendapatkan kemewahan, malah Islam memang menggalakkan umatnya hidup kaya-raya. Namun yang jadi salah, apabila kemewahan menyebabkan kita mengabaikan keutamaan.

 

PILH  SATU SAHAJA

 

            Jika pandangan sampingan sudah melebihi pendapatan tetap, wanita harus berfikir kemungkinan memili satu sahaja.

 

            Dalam suasana hari ini yang rata-ratanya bertumpu kerja di kota. Wanita juga harus mencipta kerja daripada berharap kerja makan gaji sahaja. Kadangkala rasa hairan juga, ramai graduan sanggup bekerja walaupun dengan hanya memperolehi gaji yang tidak setaraf dengan kelulusan yang ada. Ini kerana merka mahu berkerjaya di kota. Itu memang tak sesuai bagi saya, ujarnya dengan nada kecewa.

 

Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

FEATURE WRITING

PART-TIME WORK AMONG STUDENTS:  ADVANTAGES AND DISADVANTAGES……KEY FINDING

 

As students have a lot of role and responsibility in their life. Students have responsibility especially in their studies.  Their have responsible in studies until succeed.  Time management is very important to all students between schedule, co-curriculum activities, assignment and also group discussion. It is because, students not only studies in lecture but to take and understand that study must come first. As we know, not all students can do the part-time work belonging to the present time in study. It is several students cannot manage their time-table study and work as well as. They are not strict and obvious in studying. For this way, they can fail in their study because cannot focus and showing serious feeling until succeed.  As a good and excellent students, we must think highly of 24 hours per day is very estimable and important. However, good healthy and nutrition are also important to all students.Beside that, enough sleep is very necessary and at lease light jogging also must have. 

 

Nornaimi Kassim bin Abdussalam, 23, FEM said, before this he started make part-time work as a cashier in PETRONAS at Taman Semarak. He works around 8 hours perday. After that, he works as a tuition teacher at Nilai Village Part around Nilam Court. He got full loan from PTPTN, but still not enough. He works only on weekend day (Saturday and Sunday). It is because, he don’t want to take over time to study in campus. He also have schedule in study and work. As a student, he realize that focus in study is the first, but he also have enough time to joint and come any program organize by Students Representative Council (MPP), faculties, hostel or campus. He very active in Debate Club.

 

As students have a lot of role and responsibility in their life. Students have responsibility especially in their studies.  Their have responsible in studies until succeed.  Time management is very important to all students between schedule, co-curriculum activities, assignment and also group discussion. It is because, students not only studies in lecture but to take and understand that study must come first. As we know, not all students can do the part-time work belonging to the present time in study. It is several students cannot manage their time-table study and work as well as. They are not strict and obvious in studying. For this way, they can fail in their study because cannot focus and showing serious feeling until succeed.  As a good and excellent students, we must think highly of 24 hours per day is very estimable and important. However, good healthy and nutrition are also important to all students. Beside that, enough sleep is very necessary and at lease light jogging also must have. 

 

According Muhammad Marwan Ismail, 30, lecturer from Faculty of Major Languages Studies (FPBU) said, part-time work is no problem to all students especially for students that have not enough of money in studies. But, they must know how to manage the time between study and work. For example, if students take economic, accountant, business or trade course in university, so they are need to encouragement in work belonging to the present time in study.  It is because, from the working the can have a new knowledge and experience before go to get a job after study. He said again, beside that, who is students that have to take the Art Course in Islamic Studies likes languages, counseling, communication, syariah, or designer also must know about the business and entrepreneurial especially before they finish study in any institution. It is because, to develop self-confidence for students. For example, in hostel have cafeteria, so whose interests do the part-time work as a cashier, waiter or waitress, and chef. So they can give their name to the manager of cafeteria. So, this is one way for the students that want to make a part-time work. So, from this business they can know about the target market, communication skills (hard-skill and soft-skill), budget (plan of income an expenditure), how to cook. He said further, students also can do the part-time business likes direct-selling with any products such as HPA radix, clothes and foods. Meaning that they go door by door or make a memo to introduce and promote the product about their business.

 

“Students who have a part-time work must know how to divide and manage the time with efficient and complete. They must have a suitable schedule for study, work, and curriculum activities and co-curriculum activities in hostel or campus. For me, part-time work belonging to the present time in study also needed and important for students to get a new experience and take all information and knowledge about business,” said Dr. Rosni  Samah, 43, FPBU’s Dean. He added, “From the form 6 my father and I work at the paddy-field with buffalo. It is because I come from middling of family and also have a lot of siblings. So, I am the first from siblings and have a big liability. Rarely  I  don’t go to school because I want  to help my father at paddy-field. So, after finish the work, my father gives me money. I use the money to buy the reference and exercise books and also school uniform. At night, I must study that what I learn in a classroom and also make an additional reading from other books that I borrow from library and my friends. I just use an oil-lamp because before this don’t have an electric. Then, I continued study at university in Egypt. At Egypt I also want to make a part-time work, but cannot. It is because the rule and procedure in Egypt don’t want students work while they stay studying. So, I stay use my saving money that I have before this.”

 

Suhana Baharuddin, 28, Management Assistant in FPBU, before this she study at Sarawak University of Malaysia (UNIMAS). She said, at the same time she takes part-time work in business nasi lemak at her hostel.  She works by the group between 8 students among her friends.  She sold nasi lemak by door to door in hostel at weekend (Saturday and Sunday). She got a lot of income. She uses the money to buy books for her study. She also share the income to another her siblings and also her family with father and mother as well as.

According to Mohd. Husni Mohd Yakin, 22, FPQS said, “I am started part-time work from the first semester on 2005 until now. It is because I don’t have enough money to continue my study until graduates. I got loan from PTPTN, but only half.   I also have many siblings and I am eldest.  So, at every night after pray Isyak  I go to nasi lemak warung  to sell it.  I got supplier around Nilai. So, everyday I can finish my work until 12 p.m. After that, I go back to hostel and started my study such as do the assignment, revision with different subject, reading and understand note for tomorrow subject. I don’t have a suitable schedule for study and work but I can manage the time with myself. So, I can’t joint curriculum activities and co-curriculum activities in hostel or campus. It is because I don’t have enough time to joint that program. 

Nornaimi Kassim bin Abdussalam, 23, FEM said, before this he started make part-time work as a cashier in PETRONAS at Taman Semarak. He works around 8 hour’s perday on 2005. After that, he works as a tuition teacher at Nilai Village Part around Nilam Court at last year on 2007. He got full loan from PTPTN, but still not enough. He works only on weekend day (Saturday and Sunday). It is because, he don’t want to take over time to study in campus. He also have schedule in study and work. As a student, he realize that focus in study is the first, but he also have enough time to joint and come any program organize by Students Representative Council (MPP), faculties, hostel or campus. He very active in Debate Club. He said again, “after I work, I have a lot of an experience and information regarding my job that I have. I also can see about the society life especially around Nilai. Beside that, based on my study, after I work I got increase in CGPA for every semester.”

According to Shakirah Sallehuddin, 23, FPBU, said, “I make a part-time work as cashier at Internet and Photocopy Shop in Nilam Court around three months. It is because I have eleven siblings and my father works as taxi driver, my mother as a housewife. So, I got PTPTN loan, but still not enough because I give to my sibling buy any school equipments. I work at night around 3 hour’s perday and on the weekend 8 hours per day. If  I got more free time, I can increase the time to work. I got RM 3 perhours. So, I think with this money enough for me to buy anything especially equipments in study and I also can used for buy clothes. But I think, not all students can do part-time works like this. It is because necessary to power energy and showing patience like students.

The several key of finding about part-time work among students over 60 per cent of Leaving Certificate students now have a regular part-time job. The prevalence of employment entailing considerable hours of work during the school week is concerning. Male students are particularly likely to work longer hours and to engage in weekday work. There is some evidence of social class background having an increasing impact on participation in part-time work, particularly in terms of engagement in more time-intensive jobs with students engaging in more intensive work increasingly less likely to be from more economically advantaged backgrounds.         

  The overwhelming motivation to engage in work is to finance a ‘lifestyle’ rather than because of financial difficulty or need. A concern over school grades is one of the main reasons cited for not engaging in such work, this concern being more prominent among females and Leaving Certificate students. Part-time work is associated with increased chances of early school leaving the risk of dropout is especially evident among young people working more than fifteen hours a week. Working students achieve lower grades than students not in paid employment. At Junior Certificate level working longer hours is related to lower Junior Certificate exam grades at Leaving Certificate level any level of involvement in paid work contributes to lower exam grades. There is, however, some support for the view that employment contributes to the broader development of young people, and appears to smooth young people’s transition into the labour market, with lower levels of unemployment and greater entry into white-collar employment among student workers.

 

Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

RENCANA

 PELAJAR  CEMERLANG  DALAM  AKADEMIK  TAPI  KURANG BERKOMUNIKASI

 

          Setiap  insan  pasti  mengimpikan  kecemerlangan  sama ada  di  dunia  mahupun di  akhirat.  Sulaiman  Masri ( 1996 ) berpendapat  semua  orang,  sama  ada  yang  sedang  bekerja  atau  yang  sedang  belajar  sering  disogokkan  dengan  perkataan  “ cemerlang” atau  sentiasa  diperingatkan  dengan  maksud  yang  tersurat  dalam  perkataan  “cemerlang”. Dengan  demikian,  perkataan  cemerlang  kini  sudah  menjadi  sebahagian  daripada  kehidupan  rakyat  di  negara  ini.  Menurut  beliau  lagi,  kecemerlangan  bererti  kegemilangan,  keindahan  dan  keelokan.  Manakala  kecemerlangan  akademik  ialah  penguasaan  ilmu  pengetahuan  pada  tahap  yang  sangat  baik  menurut  ukuran tertentu   seperti  dalam  ujian  ataupun  dalam  peperiksaan. 

 

Dalam era  globalisasi  sekarang, ramai di antara pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam akademik. Tapi, sejauh mana pula yang betul-betul dapat berkomunikasi  dengan baik  terutamanya  dalam  Bahasa  Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan sebagainya ???  Seramai  mana pula para pelajar yang masih menganggur dan tidak mendapat pekerjaan yang tetap bersesuaian dengan bidang yang diambil ???? Jika dilihat  dalam  keputusan  peperiksaan, kebanyakan  pelajar  berjaya  mendapat  keputusan yang  cemerlang  dalam  PNGS  mahupun  PNGK iaitu  3.50  ke  atas. Ini  bermakna, pelajar  hanya  berjaya  dalam peperiksaan yang terdapat  pada slip  semata-mata  tanpa  memiliki   kemahiran-kemahiran   softskill  yang  lain.

 

            Bagi  Ustazah  Arnida  binti  Abu  Bakar, 31, pensyarah  FPBU  katanya, sudah  menjadi  trend  dan  kebiasaan  pelajar  untuk  cemerlang  dalam  akademik  tanpa  perlu  memikirkan  dari  pelbagai  aspek  yang  lain.  Mereka  menganggap  bahawa  cemerlang  dalam  akademik  lebih  penting  dari  segala-galanya.  Di  samping  itu,  mungkin  disebabkan  pelajar  tidak  mempunyai  kesedaran  tentang  betapa  pentingnya  kemahiran  dalam  berkomunikasi  selain  tidak  mempunyai  semangat  keyakinan  yang  tinggi  dan  mantap  dalam  diri  masing-masing.  Sikap malu,  takut  pada  kesalahan  yang  dilakukan, tidak  mahu  mencuba  sesuatu  yang baru  dan  sikap  suka  hidup  menyendiri  perlu  diatasi  dan  ditegah  dengan  segera  untuk  meningkatkan  lagi tahap  berkomunikasi  dengan  baik  dan  berkesan,  ujarnya  mengakhiri  kata.

           

            Mengikut  sumber  lain, pelajar  yang  cemerlang  dalam  akademik  tapi  tidak  tahu  untuk  berkomunikasi  dengan  baik  merupakan  masalah  besar  yang  perlu  ditangani  dengan  segera  sebelum  ianya  berleluasa  dengan  lebih  jauh  lagi.  Ini  kerana  antara  faktor  lain  ialah  disebabkan  oleh  kurangnya  penglibatan  dalam  sebarang  organisasi.  Mereka  hanya  memberi  tumpuan  dan  perhatian  yang  lebih  dalam  bidang  akademik yang  dipelajari  semata-mata.  Selain itu,  pelajar  tidak  mempunyai  jatidiri,  kelebihan  dan  kebolehan  tersendiri  yang  mana ianya  tidak  terdapat  dalam  diri orang  lain. Ini  kerana  untuk  memudahkan  mereka  memohon  pekerjaan  kerana  mempunyai  jatidiri  yang teguh  dan  mantap  seperti  berkemahiran dalam bidang  ICT,  berpengetahuan  meluas ( isu  semasa ), berkeyakinan  tinggi  di  samping  berpenampilan  menarik dan  kemas.

 

            Bagi   pandangan  Wan  Siti  Khadijah  binti  Wan  Mohd. Nasir, 24, pelajar  dari FEM  mengatakan  bahawa  tiada  kesedaran  dalam  diri  pelajar  tersebut  merupakan  masalah  besar  di  samping  tiada  bantuan  dan  sokongan  dari  luar  contohnya  seperti  ibu bapa,  kawan-kawan, adik-beradik. Situasi  ini  boleh  berlaku  kerana  pelajar  tersebut  tidak  mempunyai  keyakinan  dan  kekuatan  dalam  pengucapan  awam,  dan  ini akan  berlaku  kerana  tiada  pendedahan  awal  kepada  pelajar  tersebut.  Kesilapan  ini  tidak  boleh  ditunding  kepada guru  atau  pensyarah  semata-mata. Menurut  beliau  lagi,  bagi  mengatasi  masalah  ini,  kita  boleh   sama-sama  mengadakan aktiviti-aktiviti  yang  melibatkan  mereka  agar  sama-sama  turutserta.  Ini  memerlukan  kepada  komitmen  dan  kesedaran yang  tinggi  daripada  pelajar  sendiri  tentang  kepentingan  komunikasi  yang  baik  dan  mantap.  Di samping  itu  juga,  beliau  berpendapat  bahawa  pandangannya  ini  sangat  penting  kerana  seseorang  pelajar  itu  akan  dipandang  bukan  sekadar  dari  segi  geniusnya,  malah  dari  segi  kebolehannya  dan  kepakarannya  dalam  bidang-bidang  lain  seperti  kemahiran  dalam  berkomunikasi.  Ini   kerana,  ianya  juga  berjalan  seiring  dengan  hasrat  universiti  dan  negara  dalam  melahirkan  modal  insan  yang  cemerlang,  gemilang  dan  terbilang.  Untuk  akhirnya, beliau memberi  saranan agar  pelajar  peka  dan  melihat  perkara  ini  sebagai  suatu  yang  amat  penting  dan  menjadi  keperluan  atau  pakage  lengkap  dalam dunia  hidup  sebagai  pelajar.   

 

            Selain  itu,  terdapat  pelbagai  punca  dan  sebab  mengapa  pelajar  yang  berpendidikan  tinggi  hanya  berjaya  dalam  akademik  sahaja.  Ini  mungkin  disebabkan  oleh  pengaruh  yang  kuat  dalam berkomunikasi  dalam  Bahasa  Melayu, Cina  dan India  mengikut  loghat  daerah  masing-masing. Ini  amat  menyukarkan  pihak  lain  untuk  memahami  apa  yang  diperkatakan  oleh  mereka.  Maka,  masalah  berkomunikasi  telah  berlaku  dalam  situasi  ini.  Di  sini  dapat  kita  lihat  bahawa,  kemahiran  dalam  berkomunikasi  amat  penting  terutamanya  ketika  ingin  memohon  pekerjaan  nanti. Sebagai  contoh, semasa  proses  temuduga  dijalankan  antara  majikan  dan  bakal  pekerja.  Salah  satu  aspek  yang  akan  dinilai  ialah  dari  segi  kemahiran  komunikasi  yang  baik  dan  berkesan  di  samping  dari  aspek-aspek  lain  seperti  cemerlang  dalam  akademik,  berkemahiran  dalam  dunia  ICT  dan  sebagainya.

 

            Pelajar  ini  boleh  diklasifikasikan  sebagai  ulat  buku  kerana  hanya  mengetahui  tentang sistem pembelajaran  dan  menghadiri  kelas, kata  Ustaz  Muhammad  Marwan  bin  Ismail,29, pensyarah  dari  FPBU  memulakan  bicara.  Tambah  beliau  lagi,  pelajar  ini  boleh  dianggap  sebagai  pasif  kerana  hanya  terhad  kepada  subjek-subjek  tertentu  sahaja  untuk  lulus  dengan  cemerlang  dalam  akademik  dan  peperiksaan. Pelajar  seperti  ini  memang  terleka  dengan  pelajaran  sehingga  mengabaikan  terus  aktiviti-aktiviti  yang  berlaku  di  luar  yang  mana  melibatkan  masyarakat  atau  golongan  luar.  Di  samping  itu,  pelajar  perlu  meningkatkan  softskill  seperti  cara  berkomunikasi  dengan baik,  cara  hidup dan  pergaulan dalam  masyarakat, pakar  dalam ICT.  Beliau  juga  turut  berpendapat  bahawa, guru  atau  pensyarah  perlu  menyediakan  latihan  dan  assignment  yang  memerlukan  kepada  kajian  dan  kerja  luar  di  samping  bahan-bahan  ilmiah  yang  lain.  Ini  kerana  untuk  memberi  pendedahan  tentang  dunia  luar  kepada  pelajar  khasnya  di   samping  dapat   berkomunikasi  antara  satu  sama  lain.

 

            Manakala  bagi  Siti  Aminah  binti  Abu Hassan, 30, iaitu  graduan  lepasan  dari

USM  berkata, kebanyakan  pelajar  yang  menganggur  dan  tidak  dapat  pekerjaan  yang  tetap  kerana  rata-rata  mempunyai  masalah  dalam  berkomunikasi. Mereka  tidak  dapat  berkomunikasi  dengan  baik  khususnya  semasa  sesi  temuduga  dijalankan  oleh  majikan.  Sebagai  contoh,  jika  kita  lihat  kepada  agensi  swasta  yang mana  majikannya  amat  mementingkan  aspek  pengalaman dan  kemahiran dalam  berkomunikasi  berbanding  kelulusan  dalam  akademik. Ini  tidak  bermakna  akademik  mesti  diabaikan  terus, bahkan  aktiviti-aktiviti  yang  berlaku  di  sekitar  kita  mesti  tahu  dan  sertai  sekali  agar  kita  dapat  serba sedikit  ilmu  yang  ada  di  samping  ambil  pengalaman  baru. Yang  mana  ilmu-ilmu  seperti  ini tidak  terdapat  di  dalam  kelas  atau  kuliah.  Ianya  hanya  terdapat  dalam  aktiviti-aktiviti  seperti  ini  sahaja,  ujar  beliau  yang  pernah  menganggur  selama  lima  tahun  lamanya menutup tirai  kata.

 

Menurut  Kaunselor  Kanan, Unit  Kaunseling dan  Pembangunan  Sahsiah  Pelajar, USIM,  Puan Nurhazreen  binti  Mohd  Noor  antara  tips  perancangan  kerjaya  iaitu  perbezaan  memperolehi  kerja  sekitar  20  tahun  dahulu  dan  sekarang  ialah kalau  dahulu  para  graduan  hanya  memasarkan  diri  mereka  dengan  mempamerkan  segulung  ijazah. Mereka  hanya  mudah  mendapat  pekerjaan  dalam  tempoh  waktu  yang  singkat  sahaja.  Tapi  sekarang amat  jauh  berbeza  berbanding  dahulu,  iaitu  para  graduan  para  graduan  bukan  hanya  perlu  cemerlang  dalam  aspek  akademik  sahaja,  bahkan juge  perlu  melengkapkan  diri  yang  lain  melalui  penglibatan  dalam  aktiviti  ko-kurikulum,  aktiviti  amal  dan  asas  keusahawanan. ( Artikel  ini  dipetik  daripada kata-kata YB Datuk  Mustapa Mohamed, Menteri  Pengajian  Tinggi,  Utusan  Melayu, 25  April  2006).

 

Tambah beliau lagi,  para  pelajar  perlu  menitikberatkan  tentang  aspek  hard skill dan  soft  skill  di  samping  keterampilan  dan  keperibadian  yang  baik. Aspek  hard  skill atau  latar  belakang  akademik  yang  baik  adalah  perlu  kerana  ianya  akan  menggambarkan  mahasiswa  yang mempunyai  ilmu  pengetahuan  yang  tinggi  dalam  bidang  pengajian  yang  dikuasai.  Manakala  dari  aspek  soft  skill  atau  kemahiran  kendiri  boleh  diperolehi  dengan  melibatkan  diri  dalam  pelbagai  aktiviti  dan  program  ko-kurikulum terutama  sebagai  ahli  jawatankuasa  dalam  sesuatu  persatuan  atau  kelab.  Melalui  penglibatan  ini  sedikit  sebanyak  para  pelajar  akan  mendapat  kemahiran  penguasaan  organisasi, komunikasi, meningkatkan  keyakinan  diri, dan  juga  berfikiran  kreatif  dan  kritis.  

 

            Ini  kerana  kedua-dua  aspek  ini  amat  penting  dan  saling  memerlukan  antara  satu  sama  lain, yang  mana  ianya  merupakan  tiket  terbaik  untuk  melayakkan  para  mahasiswa menempuh  alam  kerjaya yang  penuh  mencabar.  Kekurangan  daripada  salah  satu  kemahiran  tersebut  belum  benar-benar  menjamin  mahasiswa  untuk  menempatkan  diri  dalam  seting  pekerjaan  sama ada di  sector  kerajaan mahupun  swasta  kerana  cabaran  bekerja  adalah  pelbagai  dan  ianya  memerlukan  pemikiran  yang  kreatif  dan  kritis  serta  keyakinan  dan  keberanian  diri  yang  tinggi  untuk  menghadapinya.

 

            “ Pointer” yang  tinggi sahaja  tidak  menjamin  para  pelajar  memperolehi  pekerjaan  dengan  mudah  kerana  pihak  majikan  juga  akan  menilai  para  graduan  dari  segenap  sudut  termasuk “ soft  skill’’,  “survival  skill”, dan  “ competitive  skill”  yang  mana pengalaman-pengalaman  tersebut  boleh  diperolehi   dengan  melibatkan  diri  dengan  aktiviti berpersatuan.  Jusrteru  itu,  para  mahasiswa  perlu  membuat  perancangan  yang  lebih  rapi  untuk  “ dipinang” awal  oleh  pihak  majikan  setelah  tamat  pengajian  nanti. 

 

 

Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

REPORT

EXPERIENCE  OF  ONE  DAY  WITH   UTUSAN  MALAYSIA  JOURNALIST

While under pressure to be the first to publish its stories, each news media organization adheres to its own standards of accuracy, quality, and style — usually editing and proofreading its reports prior to publication. Many news organizations claim proud traditions of holding government officials and institutions accountable to the public, while media critics have raised questions on the accountability of the press.

The word journalism is taken from the French journal which in turn comes from the Latin diurnal or daily; The Acta Diurna News-oriented journalism was described by former Washington Post editor, Phil Graham, as “a first rough draft of history”, because journalists often record important historical events as they are happening, but at the same time, they must produce their news articles on short deadlines.

Journalism exists in a number of media: newspapers, television, radio, magazines and, most recently, the World Wide Web through the Internet.

Print journalism can be split into several categories: newspapers, news magazines, general interest magazines, trade magazines, hobby magazines, newsletters, private publications, online news pages and others. Each genre can have its own requirements for researching and writing reports.

News magazine and general interest magazine articles are usually written in different styles, with less emphasis on the inverted pyramid. Trade publications can be more news-oriented, while hobby publications can be more feature-oriented.

Nazihah and I was arrived at Utusan Malaysia early morning around 8 o’clock on 17 February  (Sunday). Utusan Malaysia office was open at 10 o’clock. So, we waiting around for  2 hours. We saw one by one utusan staff and journalist was coming. I feel very fear and excitement. Who and which one journalist that we must follow ??? Majority of them are very serious and ignore the people around them. I feel fear and anxiety of them. I think positive with them. May be they are quite busy and have a lot work to do.

 

            After we waiting for a long time, at 10.10 a.m, Madam Rosni called  and bring Nazihah and I  to a newsroom. She as an editor of  Utusan Malaysia newspaper. I saw the newsroom are quite big and also have a lot of computer. The utusan newsroom are divide to a lot of sections like news, sport, crime and editing. So, Madam Rosni said that we must follow a journalist, Muhammad Ferzalfie. But, until now he’s not coming.

 

            At 11.30 a.m, Muhammad Ferzalfie was coming. So, Nazihah and I went to him and introduced ourselves to him. So, he said that for today he have to covered the news about an election on 3.30 p.m this evening. The news is happen at Titiwangsa, Kuala Lumpur. Actually, he said before this he was covered the news in sports section. But, the utusan not have enough the journalist especially around the election. He also said, “ I was like and interest to cover and make news about crimes and sports. It is because that news are quite easy and interest to cover and make news.

 

            As a journalist, at the morning he can see the assignment that he have in online. So, he can see the time, place that event happen. The journalist also must know who’s the photographer that must go and follow together to cover the news.

 

            After that,  he go out to cover the event until finish and get  an information. So, after finish, he must go back to newsroom to do and make a news. He must submit the news before 9 p.m to editor. The news editor can make an editing. If the news have mistake, so he must make an editing and recheque up the news again until the editor accepted the news.

 

            As a journalist must have higher showing patience and tolerance. Also know how to make time management. This job is quite busy and all the journalist must get ready go to anyway if the editor ask to go especially in emergency case happen. For the journalist must have theirselves transport. It is because easy go to anyway that event are happen.

Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

BERITA

Sinki  Roboh ???

Oleh: MARIANA MUHAMAD

 

NILAI-     Walaupun hampir dua semester berlalu, namun bagi sebahagian penghuni Kolej Kediaman Nilam Court masih tidak berpuas hati dengan keadaan sinki dapur yang rosak teruk di rumah mereka tanpa sebarang tindakan dari pihak berwajib.

 

Masalah ini berlaku terutamanya bagi rumah-rumah yang mempunyai kabinet di dapur.

 

      Menurut salah seorang penghuni, Nurhidayah Ahmad, 21, masalah ini berlaku sejak semester lalu.

 

     “Saya tidak tahu apa puncanya, kerana tiba-tiba sahaja sinki tersumbat dan pada mulanya tidak dapat mengalir dengan  baik,” ujarnya.

 

     “Kesemua penghuni rumah ini telah membuat aduan kepada pihak pengurusan asrama, tetapi sehingga kini pihak berwajib hanya memandang sepi tanpa sebarang tindakan dan alasan yang konkrit,” tambahnya tegas.

 

     Menurut Muslimah Sanan, 24, masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku secara berpanjangan kerana ianya amat menyusahkan para penghuni.

     “Masalah sinki roboh dan mudah tersumbat ini mengeluarkan bau busuk dan ianya tidak menyenangkan banyak pihak. Diharap agar pihak kontraktor dapat menggunakan bahan-bahan yang lebih berkualiti dan tahan lama demi untuk kemudahan dan keselesaan penghuni,” jelasnya.

 

      Seorang lagi mangsa, Nik Salbiah Sanusi, 21,menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan asrama yang hanya memandang perkara ini sebagai masalah yang kecil.

 

      “Kerja-kerja pembaikan dilakukan sesuka hati dan tidak mengikut waktu yang ditetapkan. Saya rasa kedua-dua pihak perlu mengambil berat dan berganding bahu untuk sama-sama mengatasi masalah ini,” ujarnya.

 

      “Saya juga berharap agar pihak pengurusan asrama dapat melakukan pemantauan terhadap rumah yang kerap kali bermasalah sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi mengatasi masalah seperti ini supaya tidak berulang lagi,” katanya penuh harapan.

 

        Apabila USIM Today bertanyakan hal ini kepada pihak  pengurusan asrama Kolej Kediaman Nilam Court, mereka menyatakan bahawa perkara ini telah diutarakan kepada pihak pemaju. Namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil. Pihak asrama berharap agar pelajar  dapat bersabar se-hingga kerja baik pulih dijalankan.

 

sinki rosak

 

 

Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

NEWS

HOW TO FIND AN IDEAL COUPLE

By : Mariana Muhamad

 

NILAI – In Islamic Perspective, a good couple have chosen a good and ideal way, said Mohd Abdul Hafiz Ibrahim, 21, FEM as president of Forum Programmed.

 

      “ The forum allows students to think and solve the problem that they have about their ideal couple.” he said again.

 

This programmed is based on the Charity Programmed.

 

        Asked about this programmed, Amirul Shafik, 21, FST said, “ the programmed is suitable to all students, especially who still in search of a good couple according to Islamic Perspective.”

 

“The activity received tremendous response from students,” he added.

 

         The objective for this forum is to raise awareness and encourage students to plan an early preparation be they find their suitable couples.

 

       “ The forum is important and suitable for everyone especially for students to open-up their minds and also to know the main key that they should have to find an ideal and suitable couple,” said Fizree Mohd Fauzi, 21, FSU.

 

       Norshuhada Shaadan , 22, FPBU said, “ the students who wants to think and find their future  husbands should observed whether the persons are responsible, relisions, and also his job and attitude.”

 

       “ In Islamic Perspective, the couple is not wrong to form a relationship with someone, however they have to know the boundaries and limitation,” she said.

 

Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

TIPS PERANCANGAN KERJAYA

Perbezaan memperolehi kerja 20 tahun dahulu dan sekarang : -\

 

DAHULU

Para graduan memasarkan diri mereka dengan hanya mempamerkan segulung ijazah. Mereka dengan mudah mendapatkan pekerjaan dalam tempoh waktu yang singkat.

 

SEKARANG

Para graduan bukan hanya perlu cemerlang dalam aspek akademik sahaja, tetapi juga peru melengkapkan diri dengan kualiti-kualiti diri yang lain melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, aktiviti amal dan asas keusahawanan.

 

( Dipetik daripada kata-kata YB Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi, Utusan Melayu, 25 April 2006 )

 

KESIMPULANNYA :

 

“Pointer” yang tinggi sahaja tidak menjamin anda memperoleh pekerjaan dengan mudah kerana majikan juga akan menilai anda dari segenap sudut termasuk “softskill,”  “survival skill”dan “competitive skill”yang mana pengalaman-pengalaman tersebut boleh diperolehi dengan melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan di kampus.

 

 

–  SERONOKNYA BELAJAR DI UNIVERSITI…. 

#    PENETAPAN MINDA BELAJAR

      Sebagai mahasiswa univesiti, harus ada pemikiran berkenaan :-

         Kenapa aku memilih untuk sambung belajar di universiti dan bukannya terus     bekerja di pejabat-pejabat besar atau tolong mak ayah di kampong ?

         Apa matlamat aku belajar ? Adakah untuk memuaskan hati mak ayah atau ingin capai cita-cita aku atau saja untuk memenuhi hobi dan minat belajar ?

 

      Oleh itu, tetapkan minda ( mind setting ) dan fikirkanlah matlamat anda belajar di universiti ini supaya terbit rasa seronok dan ada kelainan belajr di universiti.

 

BAGAIMANA ???

   Cara belajar adalah bermula dari cara anda mengatur hidup anda. Seseorang pelajar perlu ada system dan peraturan yang baik dan sesuai dengan diri anda.

 

– Pembahagian waktu belajar amat penting bagi seseorang pelajar. Anda hendaklah merancang terlebih dahulu. Rancanglah waktu dan kerja yang akan dilaksanakan. Pembahagian waktu perlu dilakukan untuk mengulangi tiap-tiap matapelajaran, untuk menyiapkan diri dalam menghadap ujian atau peperiksaan.

 

– Penyusunan kerja yang bak perlu dilakukan. Seseorang pelajar hendaklah menepati waktu kuliah. Jangan selalu malas ke kuliah.

 

– Anda hendaklah berusaha untuk mendapatkan tempat belajar yang tidak banyak gangguan-gangguan.

 

– Mencatat tambahan-tambahan dan menyusunnya dengan cara yang baikboleh menjimatkan waktu dan dapat digunakan untuk mengulangi dengan lebih baik. Tambahan-tambahan pelajaran kuliah perlu diperiksa lagi setelah selesai kuliah.

 

– Kecepatan membaca dan memahami isi-isi penting dalam bacaan perlu dilakukan. Anda perlu berlatih membaca cepat dan mencatat isi-isi penting.

 

– Persiapan untuk test atau ujian perlu dilakukan dengan teratur.

 

– Segala tugas bertulis harus diselesaikan pada waktu yang ditetapkan. 

 

Ingin tahu teknik belajar terbaik untuk anda ???

 

1 – TEKNIK VISUAL

Pelajar lebih sukakan maklumat atau nota kuliah yang berbentuk carta aliran, graf, gambar dan diengkapi dengan symbol-simbol seperti anak panah, bulatan dan hierarki. Mereka tidak suka kepada nota-nota dalam bentuk perkataan dan buku teks yang tiada visual dan gambar rajah. Dalam peperiksaan, individu jenis visual akan cuba mengingat dan mengambarkan kembali nota tersebut dan menukarkannya ke dalam bentuk perkataan.

 

2 – TEKNIK AURAL

 Pelajar lebih sukakan maklumat berbentuk pengucapan dan pendengaran. Mereka lebih gemar belajar dan mmahami maklumat melalui kuliah, torial dan berbincang dengan pelajar lain. Biasanya, pelajar akan membuat nota da kemudiannya akan menerangkan pada yang dipelajari dan difahami kepada rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka akan lebi mudah mengingati subjek yang telah dipelajari.

    

3 – TEKNIK TACTILE

Pelajar sukakan maklumat yang berbentuk penulisan dan didapati melalui pembacaan. Biasanya, mereka akan membaca nota berulang-ulang kali dan menulis kembali maklumat yang telah dibaca menikut pemahaman sendiri. Mereka lebih suka merujuk soalan-soalan peperiksaan yang lalu dan membuat latihan pada soalan-soalan tersebut.

 

4 – TEKNIK KINESTETIK 

 Pelajar sukakan maklumat yang diperolehi melalui pengalaman, praktikal, simulasi, dan eksperimen. Mereka suka menghubungkan perkara yang dipelajari dengan perkara reality. Dalam penyediaan nota, mereka akan menggunakan pelbagai contoh dan ‘case study’ untuk memdahkan pemahaman dan ingatan terhadap sesuatu subjek.

 

RENUNG – RENUNGKANLAH !!!!!!

Kajian mengenai masalah-masaah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi telah menunjukkan bahawa cara belajar yang salah adalah masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar. Pelajar-pelajar hendaklah mengamalkan satu cara belajar yang betul dan sistematik. Cara belajar yang betul ini  perlu bukan hanya kepada merekayang lemah tetapi juga dapat meningkatkan prestasi yang lebih tinggi lagi. Cara belajar yang tidak betul akan banyak membuang tenaga, waktu dan wang hasil yang diperoleh juga tidak setimpal dengan usaha yang dilakukan.

 

Exam Rescue …… tolong saya !!!!

Persediaan SEBELUM exam

 

1 ) Jaga pemakanan dan kesihatan

2 ) Gunakan teknik belajar yang sesuai dengan keupayaan diri anda

3 ) Buat nota yang mudah difahami

4 ) Sentiasa membaca nota rigkas yang telah disediakan

5) Adakan perbincangan dengan pensyarah mengenai subjek-subjek tertentu jika perlu

6 ) Ulangkaji pelajaan mengikut jadual waktu belajar yang telah ditetapkan

7 ) Sediakan item yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti alat ulis, kad matrik da juga slip peperiksaan

 

Exam Rescue …… tolong saya !!!!

Persediaan SELEPAS exam

 

– Elakkan daripada membaca buku dan nta sebelum memasuki dewan untuk mengelakkan perasaan gementar. Yakinlah  dengan apa yang diulangkaji sebelum itu.

   Banyakkan berselawat, berdoa dan tawakal dengan usaha anda.

   Pastika anda berada di tempat dan masa yang betul.

   Baca, faham dan jawablah soalan-soalan dengan tenang dan tidak tergopo-gapah.

– Bagi soalan esei, anda perlu bijak membahagikan masa bagi setiap soalan yang hendak dijawab.

Contoh : Tempoh masa exam bagi subjek A : 3 jam

               Bentuk soalan : esei ( pilih 4 daripada 7 soalan )

               Peruntukan masa :10 minit pertama untuk catat point utama

                                             40 minit untuk jawab setiap soalan

                                            10 minit terakhir untuk semak setiap jawapan dipilih    

bersama kawan

 

Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

PENDAPAT HERO

 8 CIRI LELAKI BURUAN WANITA : – 

1 – Yakin pada diri : Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering dicari oleh wanita. Lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. Yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum membuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki yang sejati. Sebaliknya, kamu nharus memberi alas an yang kukuh, kenapa kamu tidak boleh melakukan. Penting untuk berlatih besungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

 

2 – Pandai buat lucu : Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu pasal. Harus diingat, untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang akan membuatkan dirinya mengingati dirimu selalu.

 

3 – Romantik : Lelaki yang romantik adalh pandai mengambil hati dan bjak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biarpun seseorang wanita itu kelihatan “ rugged” atau agresif, namun dalam hal teman lelaki, kebanyakannya memilih yang romantik.

 

4 – Wang : Tidak disangkal lagiramai wanita yang bersifat materialistic atau mata duitan. Mereka hanya mahu lelaki yang berjaya dan mempunyai  wang yang banyak sahaja.

 

5 – Bijak : Wanita sering mengimpikan mendapat lelaki yang berpendidikan dan pandai. Wanita juga suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semestinya kamu adalah seorang ahli akademik. Pakailah cermin mata agar kamu kelihatan nampak bergaya seperti seorang intelek.

 

6- Sensitif : Lelaki janganlah terlalu sensitif kerana sebagai tempat untuk berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.

 

7 – Suka kanak-kanak : Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Perbuatan ini menampakkan kamu seorang yang penyayang terhadap kanak-kanak.

 

8 – Bijak berdandan : Lelaki juga kena pandai dalam merawat atau memanjakan tubuh. Selain berpakaian kemas dan sesuai, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Pendek kata, kebersihan tubuh  mesti dijaga kerana ianya memberikan kesan kepada hubungan kepada kamu dan si dia nanti.

 

jejaka idaman malaya...

 

 

 

 

Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

– PSIKOLOGI

BELAJAR UNTUK MENGHARGAI

 

            Mulut sahaja mengeluarkan perkataan menghargai tidak cukup. Apa yang lebih penting ialah perlu tunjukkan dan harus ada tindakkan. Sama juga dengan kehidupan kita. Saban hari kita merungut tidak cukup itu dan ini, tidak ada kawan yang baik, tidak cantik, tidak kaya, tidak ada teman lelaki, tidak ada kerja yang baik. Sedangkan kita sebenarnya tidak sedar tentang apa yang kita ada dan semua orang di sekeliling kita adalah yang terbaik dan sempurna. Kita sahaja yang tidak pandai menghargainya. Mungkin hari ini kamu tidak nampak apa istimewanya diri kamu dan segala yang kamu ada. Namun, andai satu hari kamu kehilangannya, barulah kamu akan tahu kamu telah kerugian kerana telah melepaskan sesuatu yang begitu bernilai dan berharga. Oleh itu, belajarlah untuk menghargai apa yang kamu ada agar kamu tidak menyesal di kemudian hari.

HARGAILAH DIRI SENDIRI

         Kita sering kali membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Misalnya dia cantik, aku hodoh, dia kurus, aku tidak. Seharusnya kamu sedar biar apapun kekurangan kamu, tetapi belajarlah untuk bersyukur dan hargai diri. Sekurang-kurangnya Tuhan telah menciptakan kamu sebaik-baiknya dengan aggota yang sempurna tanpa ada cacat celanya. Jadi tidak perlu merungut, sebaliknya hargailah diri kamu dengan menjaga diri agar sentiasa sihat agar apa yang kamu impikan akan terlaksana.

 HARGAILAH IBU BAPAMU

          Mereka telah mendidik dan membesarkan kamu dengan sempurna. Jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan terlalu besar dan tidak terbalas. Jadi antara cara yang boleh kamu lakukan untuk menunjukkan penghargaan kamu pada mereka sementara merka masih ada ialah dengan mengingati hari-hari penting dalam hidup mereka seperti hari jadi, ulangtahun prkahwinan. Selain itu, sediakan jamuan ringan serta hadiah. Biarpun kecil, namun apa yang kamu lakukan begitu besar bagi mereka kerana kamu sentiasa mengingati mereka.

 HARGAILAH TEMAN-TEMANMU

     Ada kalanya kita berasa tidak puas hati dengan sikap teman-teman yang pelbagai ragam. Namun, jangan terlalu cepat untuk bermusuh. Setiap orang ada kelemahnnya tersendiri. Selagi kamu boleh terima kelemahan temanmu itu, teruskanlah berkawan dengannya. Mungkin seburuk-buruk dia ada kebaikannya seperti dia selalu membantu kamu dalam kesusahan dan sering buat kamu ketawa. Tanpa dia hidup kamu terasa sunyi sepi. Jadi, selagi dia ada di depan mata kamu hargailah dia sewajarnya dengan menerima dirinya seadanya. Angan sekali-kali menyakitkan hatinya dan raikanlah hari pentingnya agar dia terasa dirinya dihargai.

 

HARGAILAH MASA DEPANMU

            Hagailah masa depanmu dengan sebaiknya. Lakukan setiap kerja dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Jangan sekali-kali merungut dan tidak puas hati dengan majikan atau kerja yang dilakukan. Kalau kamu sendiri tidak membuktikan apa-apa atau tidak tahu menghargai peluang yang ada, mana mungkin kamu dapat apa yang diinginkan.  

Older Posts »

Categories