Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

TIPS PERANCANGAN KERJAYA

Perbezaan memperolehi kerja 20 tahun dahulu dan sekarang : -\

 

DAHULU

Para graduan memasarkan diri mereka dengan hanya mempamerkan segulung ijazah. Mereka dengan mudah mendapatkan pekerjaan dalam tempoh waktu yang singkat.

 

SEKARANG

Para graduan bukan hanya perlu cemerlang dalam aspek akademik sahaja, tetapi juga peru melengkapkan diri dengan kualiti-kualiti diri yang lain melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, aktiviti amal dan asas keusahawanan.

 

( Dipetik daripada kata-kata YB Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi, Utusan Melayu, 25 April 2006 )

 

KESIMPULANNYA :

 

“Pointer” yang tinggi sahaja tidak menjamin anda memperoleh pekerjaan dengan mudah kerana majikan juga akan menilai anda dari segenap sudut termasuk “softskill,”  “survival skill”dan “competitive skill”yang mana pengalaman-pengalaman tersebut boleh diperolehi dengan melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan di kampus.

 

 

-  SERONOKNYA BELAJAR DI UNIVERSITI…. 

#    PENETAPAN MINDA BELAJAR

      Sebagai mahasiswa univesiti, harus ada pemikiran berkenaan :-

-         Kenapa aku memilih untuk sambung belajar di universiti dan bukannya terus     bekerja di pejabat-pejabat besar atau tolong mak ayah di kampong ?

-         Apa matlamat aku belajar ? Adakah untuk memuaskan hati mak ayah atau ingin capai cita-cita aku atau saja untuk memenuhi hobi dan minat belajar ?

 

      Oleh itu, tetapkan minda ( mind setting ) dan fikirkanlah matlamat anda belajar di universiti ini supaya terbit rasa seronok dan ada kelainan belajr di universiti.

 

BAGAIMANA ???

   Cara belajar adalah bermula dari cara anda mengatur hidup anda. Seseorang pelajar perlu ada system dan peraturan yang baik dan sesuai dengan diri anda.

 

- Pembahagian waktu belajar amat penting bagi seseorang pelajar. Anda hendaklah merancang terlebih dahulu. Rancanglah waktu dan kerja yang akan dilaksanakan. Pembahagian waktu perlu dilakukan untuk mengulangi tiap-tiap matapelajaran, untuk menyiapkan diri dalam menghadap ujian atau peperiksaan.

 

- Penyusunan kerja yang bak perlu dilakukan. Seseorang pelajar hendaklah menepati waktu kuliah. Jangan selalu malas ke kuliah.

 

- Anda hendaklah berusaha untuk mendapatkan tempat belajar yang tidak banyak gangguan-gangguan.

 

- Mencatat tambahan-tambahan dan menyusunnya dengan cara yang baikboleh menjimatkan waktu dan dapat digunakan untuk mengulangi dengan lebih baik. Tambahan-tambahan pelajaran kuliah perlu diperiksa lagi setelah selesai kuliah.

 

- Kecepatan membaca dan memahami isi-isi penting dalam bacaan perlu dilakukan. Anda perlu berlatih membaca cepat dan mencatat isi-isi penting.

 

- Persiapan untuk test atau ujian perlu dilakukan dengan teratur.

 

- Segala tugas bertulis harus diselesaikan pada waktu yang ditetapkan. 

 

Ingin tahu teknik belajar terbaik untuk anda ???

 

1 – TEKNIK VISUAL

Pelajar lebih sukakan maklumat atau nota kuliah yang berbentuk carta aliran, graf, gambar dan diengkapi dengan symbol-simbol seperti anak panah, bulatan dan hierarki. Mereka tidak suka kepada nota-nota dalam bentuk perkataan dan buku teks yang tiada visual dan gambar rajah. Dalam peperiksaan, individu jenis visual akan cuba mengingat dan mengambarkan kembali nota tersebut dan menukarkannya ke dalam bentuk perkataan.

 

2 – TEKNIK AURAL

 Pelajar lebih sukakan maklumat berbentuk pengucapan dan pendengaran. Mereka lebih gemar belajar dan mmahami maklumat melalui kuliah, torial dan berbincang dengan pelajar lain. Biasanya, pelajar akan membuat nota da kemudiannya akan menerangkan pada yang dipelajari dan difahami kepada rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka akan lebi mudah mengingati subjek yang telah dipelajari.

    

3 – TEKNIK TACTILE

Pelajar sukakan maklumat yang berbentuk penulisan dan didapati melalui pembacaan. Biasanya, mereka akan membaca nota berulang-ulang kali dan menulis kembali maklumat yang telah dibaca menikut pemahaman sendiri. Mereka lebih suka merujuk soalan-soalan peperiksaan yang lalu dan membuat latihan pada soalan-soalan tersebut.

 

4 – TEKNIK KINESTETIK 

 Pelajar sukakan maklumat yang diperolehi melalui pengalaman, praktikal, simulasi, dan eksperimen. Mereka suka menghubungkan perkara yang dipelajari dengan perkara reality. Dalam penyediaan nota, mereka akan menggunakan pelbagai contoh dan ‘case study’ untuk memdahkan pemahaman dan ingatan terhadap sesuatu subjek.

 

RENUNG – RENUNGKANLAH !!!!!!

Kajian mengenai masalah-masaah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi telah menunjukkan bahawa cara belajar yang salah adalah masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar. Pelajar-pelajar hendaklah mengamalkan satu cara belajar yang betul dan sistematik. Cara belajar yang betul ini  perlu bukan hanya kepada merekayang lemah tetapi juga dapat meningkatkan prestasi yang lebih tinggi lagi. Cara belajar yang tidak betul akan banyak membuang tenaga, waktu dan wang hasil yang diperoleh juga tidak setimpal dengan usaha yang dilakukan.

 

Exam Rescue …… tolong saya !!!!

Persediaan SEBELUM exam

 

1 ) Jaga pemakanan dan kesihatan

2 ) Gunakan teknik belajar yang sesuai dengan keupayaan diri anda

3 ) Buat nota yang mudah difahami

4 ) Sentiasa membaca nota rigkas yang telah disediakan

5) Adakan perbincangan dengan pensyarah mengenai subjek-subjek tertentu jika perlu

6 ) Ulangkaji pelajaan mengikut jadual waktu belajar yang telah ditetapkan

7 ) Sediakan item yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti alat ulis, kad matrik da juga slip peperiksaan

 

Exam Rescue …… tolong saya !!!!

Persediaan SELEPAS exam

 

- Elakkan daripada membaca buku dan nta sebelum memasuki dewan untuk mengelakkan perasaan gementar. Yakinlah  dengan apa yang diulangkaji sebelum itu.

-   Banyakkan berselawat, berdoa dan tawakal dengan usaha anda.

-   Pastika anda berada di tempat dan masa yang betul.

-   Baca, faham dan jawablah soalan-soalan dengan tenang dan tidak tergopo-gapah.

- Bagi soalan esei, anda perlu bijak membahagikan masa bagi setiap soalan yang hendak dijawab.

Contoh : Tempoh masa exam bagi subjek A : 3 jam

               Bentuk soalan : esei ( pilih 4 daripada 7 soalan )

               Peruntukan masa :10 minit pertama untuk catat point utama

                                             40 minit untuk jawab setiap soalan

                                            10 minit terakhir untuk semak setiap jawapan dipilih    

bersama kawan

 


Leave a response

Your response:

Categories