PELAJAR CEMERLANG DALAM AKADEMIK TAPI KURANG BERKOMUNIKASI
Setiap insan pasti mengimpikan kecemerlangan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Sulaiman Masri ( 1996 ) berpendapat semua orang, sama ada yang sedang bekerja atau yang sedang belajar sering disogokkan dengan perkataan “ cemerlang” atau sentiasa diperingatkan dengan maksud yang tersurat dalam perkataan “cemerlang”. Dengan demikian, perkataan cemerlang kini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat di negara ini. Menurut beliau lagi, kecemerlangan bererti kegemilangan, keindahan dan keelokan. Manakala kecemerlangan akademik ialah penguasaan ilmu pengetahuan pada tahap yang sangat baik menurut ukuran tertentu seperti dalam ujian ataupun dalam peperiksaan.
Dalam era globalisasi sekarang, ramai di antara pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam akademik. Tapi, sejauh mana pula yang betul-betul dapat berkomunikasi dengan baik terutamanya dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan sebagainya ??? Seramai mana pula para pelajar yang masih menganggur dan tidak mendapat pekerjaan yang tetap bersesuaian dengan bidang yang diambil ???? Jika dilihat dalam keputusan peperiksaan, kebanyakan pelajar berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PNGS mahupun PNGK iaitu 3.50 ke atas. Ini bermakna, pelajar hanya berjaya dalam peperiksaan yang terdapat pada slip semata-mata tanpa memiliki kemahiran-kemahiran softskill yang lain.
Bagi Ustazah Arnida binti Abu Bakar, 31, pensyarah FPBU katanya, sudah menjadi trend dan kebiasaan pelajar untuk cemerlang dalam akademik tanpa perlu memikirkan dari pelbagai aspek yang lain. Mereka menganggap bahawa cemerlang dalam akademik lebih penting dari segala-galanya. Di samping itu, mungkin disebabkan pelajar tidak mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya kemahiran dalam berkomunikasi selain tidak mempunyai semangat keyakinan yang tinggi dan mantap dalam diri masing-masing. Sikap malu, takut pada kesalahan yang dilakukan, tidak mahu mencuba sesuatu yang baru dan sikap suka hidup menyendiri perlu diatasi dan ditegah dengan segera untuk meningkatkan lagi tahap berkomunikasi dengan baik dan berkesan, ujarnya mengakhiri kata.
Mengikut sumber lain, pelajar yang cemerlang dalam akademik tapi tidak tahu untuk berkomunikasi dengan baik merupakan masalah besar yang perlu ditangani dengan segera sebelum ianya berleluasa dengan lebih jauh lagi. Ini kerana antara faktor lain ialah disebabkan oleh kurangnya penglibatan dalam sebarang organisasi. Mereka hanya memberi tumpuan dan perhatian yang lebih dalam bidang akademik yang dipelajari semata-mata. Selain itu, pelajar tidak mempunyai jatidiri, kelebihan dan kebolehan tersendiri yang mana ianya tidak terdapat dalam diri orang lain. Ini kerana untuk memudahkan mereka memohon pekerjaan kerana mempunyai jatidiri yang teguh dan mantap seperti berkemahiran dalam bidang ICT, berpengetahuan meluas ( isu semasa ), berkeyakinan tinggi di samping berpenampilan menarik dan kemas.
Bagi pandangan Wan Siti Khadijah binti Wan Mohd. Nasir, 24, pelajar dari FEM mengatakan bahawa tiada kesedaran dalam diri pelajar tersebut merupakan masalah besar di samping tiada bantuan dan sokongan dari luar contohnya seperti ibu bapa, kawan-kawan, adik-beradik. Situasi ini boleh berlaku kerana pelajar tersebut tidak mempunyai keyakinan dan kekuatan dalam pengucapan awam, dan ini akan berlaku kerana tiada pendedahan awal kepada pelajar tersebut. Kesilapan ini tidak boleh ditunding kepada guru atau pensyarah semata-mata. Menurut beliau lagi, bagi mengatasi masalah ini, kita boleh sama-sama mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan mereka agar sama-sama turutserta. Ini memerlukan kepada komitmen dan kesedaran yang tinggi daripada pelajar sendiri tentang kepentingan komunikasi yang baik dan mantap. Di samping itu juga, beliau berpendapat bahawa pandangannya ini sangat penting kerana seseorang pelajar itu akan dipandang bukan sekadar dari segi geniusnya, malah dari segi kebolehannya dan kepakarannya dalam bidang-bidang lain seperti kemahiran dalam berkomunikasi. Ini kerana, ianya juga berjalan seiring dengan hasrat universiti dan negara dalam melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Untuk akhirnya, beliau memberi saranan agar pelajar peka dan melihat perkara ini sebagai suatu yang amat penting dan menjadi keperluan atau pakage lengkap dalam dunia hidup sebagai pelajar.
Selain itu, terdapat pelbagai punca dan sebab mengapa pelajar yang berpendidikan tinggi hanya berjaya dalam akademik sahaja. Ini mungkin disebabkan oleh pengaruh yang kuat dalam berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Cina dan India mengikut loghat daerah masing-masing. Ini amat menyukarkan pihak lain untuk memahami apa yang diperkatakan oleh mereka. Maka, masalah berkomunikasi telah berlaku dalam situasi ini. Di sini dapat kita lihat bahawa, kemahiran dalam berkomunikasi amat penting terutamanya ketika ingin memohon pekerjaan nanti. Sebagai contoh, semasa proses temuduga dijalankan antara majikan dan bakal pekerja. Salah satu aspek yang akan dinilai ialah dari segi kemahiran komunikasi yang baik dan berkesan di samping dari aspek-aspek lain seperti cemerlang dalam akademik, berkemahiran dalam dunia ICT dan sebagainya.
Pelajar ini boleh diklasifikasikan sebagai ulat buku kerana hanya mengetahui tentang sistem pembelajaran dan menghadiri kelas, kata Ustaz Muhammad Marwan bin Ismail,29, pensyarah dari FPBU memulakan bicara. Tambah beliau lagi, pelajar ini boleh dianggap sebagai pasif kerana hanya terhad kepada subjek-subjek tertentu sahaja untuk lulus dengan cemerlang dalam akademik dan peperiksaan. Pelajar seperti ini memang terleka dengan pelajaran sehingga mengabaikan terus aktiviti-aktiviti yang berlaku di luar yang mana melibatkan masyarakat atau golongan luar. Di samping itu, pelajar perlu meningkatkan softskill seperti cara berkomunikasi dengan baik, cara hidup dan pergaulan dalam masyarakat, pakar dalam ICT. Beliau juga turut berpendapat bahawa, guru atau pensyarah perlu menyediakan latihan dan assignment yang memerlukan kepada kajian dan kerja luar di samping bahan-bahan ilmiah yang lain. Ini kerana untuk memberi pendedahan tentang dunia luar kepada pelajar khasnya di samping dapat berkomunikasi antara satu sama lain.
Manakala bagi Siti Aminah binti Abu Hassan, 30, iaitu graduan lepasan dari
USM berkata, kebanyakan pelajar yang menganggur dan tidak dapat pekerjaan yang tetap kerana rata-rata mempunyai masalah dalam berkomunikasi. Mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik khususnya semasa sesi temuduga dijalankan oleh majikan. Sebagai contoh, jika kita lihat kepada agensi swasta yang mana majikannya amat mementingkan aspek pengalaman dan kemahiran dalam berkomunikasi berbanding kelulusan dalam akademik. Ini tidak bermakna akademik mesti diabaikan terus, bahkan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekitar kita mesti tahu dan sertai sekali agar kita dapat serba sedikit ilmu yang ada di samping ambil pengalaman baru. Yang mana ilmu-ilmu seperti ini tidak terdapat di dalam kelas atau kuliah. Ianya hanya terdapat dalam aktiviti-aktiviti seperti ini sahaja, ujar beliau yang pernah menganggur selama lima tahun lamanya menutup tirai kata.
Menurut Kaunselor Kanan, Unit Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah Pelajar, USIM, Puan Nurhazreen binti Mohd Noor antara tips perancangan kerjaya iaitu perbezaan memperolehi kerja sekitar 20 tahun dahulu dan sekarang ialah kalau dahulu para graduan hanya memasarkan diri mereka dengan mempamerkan segulung ijazah. Mereka hanya mudah mendapat pekerjaan dalam tempoh waktu yang singkat sahaja. Tapi sekarang amat jauh berbeza berbanding dahulu, iaitu para graduan para graduan bukan hanya perlu cemerlang dalam aspek akademik sahaja, bahkan juge perlu melengkapkan diri yang lain melalui penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum, aktiviti amal dan asas keusahawanan. ( Artikel ini dipetik daripada kata-kata YB Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi, Utusan Melayu, 25 April 2006).
Tambah beliau lagi, para pelajar perlu menitikberatkan tentang aspek hard skill dan soft skill di samping keterampilan dan keperibadian yang baik. Aspek hard skill atau latar belakang akademik yang baik adalah perlu kerana ianya akan menggambarkan mahasiswa yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang pengajian yang dikuasai. Manakala dari aspek soft skill atau kemahiran kendiri boleh diperolehi dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dan program ko-kurikulum terutama sebagai ahli jawatankuasa dalam sesuatu persatuan atau kelab. Melalui penglibatan ini sedikit sebanyak para pelajar akan mendapat kemahiran penguasaan organisasi, komunikasi, meningkatkan keyakinan diri, dan juga berfikiran kreatif dan kritis.
Ini kerana kedua-dua aspek ini amat penting dan saling memerlukan antara satu sama lain, yang mana ianya merupakan tiket terbaik untuk melayakkan para mahasiswa menempuh alam kerjaya yang penuh mencabar. Kekurangan daripada salah satu kemahiran tersebut belum benar-benar menjamin mahasiswa untuk menempatkan diri dalam seting pekerjaan sama ada di sector kerajaan mahupun swasta kerana cabaran bekerja adalah pelbagai dan ianya memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis serta keyakinan dan keberanian diri yang tinggi untuk menghadapinya.
“ Pointer” yang tinggi sahaja tidak menjamin para pelajar memperolehi pekerjaan dengan mudah kerana pihak majikan juga akan menilai para graduan dari segenap sudut termasuk “ soft skill’’, “survival skill”, dan “ competitive skill” yang mana pengalaman-pengalaman tersebut boleh diperolehi dengan melibatkan diri dengan aktiviti berpersatuan. Jusrteru itu, para mahasiswa perlu membuat perancangan yang lebih rapi untuk “ dipinang” awal oleh pihak majikan setelah tamat pengajian nanti.
prob ni mmg mn2 u pon ade.kbykn student sng dpt pointer tgg tp sofkill kurg.nak2 klu kos y tak brp byk presentation,research and so on.lgpon prob ni punca dr sistem blaja jgk..sbb bkn sume org pnd communicate n ade softskill.so bnd ni kna diajar jgk..
By: iefa waheed on April 17, 2008
at 10:38 am
assalamualaikum…
bgus rencana ni…spatutnya kta kna seimbang…..cemerlang ngn komunikasi mestilah seimbang…..
By: izanrumaisya on April 17, 2008
at 2:08 pm
betul tu..ari ni ngara bukan anya memerlukan ulat buku tp modal insan yg cmrlg dlm plbgi bdg
By: ayien86 on April 18, 2008
at 5:01 am
salam,bgs jugak rencana ni sbb kalau nak pergi interview kerja perlulah ada softskills. Mmg tak dinafikan kecemerlangan orang cari tapi komunikasi yang paling utama, tanpanya segala urusan takkan berjalan.tak gitu?
By: nazeeha on April 18, 2008
at 6:23 am