Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

– PSIKOLOGI

BELAJAR UNTUK MENGHARGAI

 

            Mulut sahaja mengeluarkan perkataan menghargai tidak cukup. Apa yang lebih penting ialah perlu tunjukkan dan harus ada tindakkan. Sama juga dengan kehidupan kita. Saban hari kita merungut tidak cukup itu dan ini, tidak ada kawan yang baik, tidak cantik, tidak kaya, tidak ada teman lelaki, tidak ada kerja yang baik. Sedangkan kita sebenarnya tidak sedar tentang apa yang kita ada dan semua orang di sekeliling kita adalah yang terbaik dan sempurna. Kita sahaja yang tidak pandai menghargainya. Mungkin hari ini kamu tidak nampak apa istimewanya diri kamu dan segala yang kamu ada. Namun, andai satu hari kamu kehilangannya, barulah kamu akan tahu kamu telah kerugian kerana telah melepaskan sesuatu yang begitu bernilai dan berharga. Oleh itu, belajarlah untuk menghargai apa yang kamu ada agar kamu tidak menyesal di kemudian hari.

HARGAILAH DIRI SENDIRI

         Kita sering kali membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Misalnya dia cantik, aku hodoh, dia kurus, aku tidak. Seharusnya kamu sedar biar apapun kekurangan kamu, tetapi belajarlah untuk bersyukur dan hargai diri. Sekurang-kurangnya Tuhan telah menciptakan kamu sebaik-baiknya dengan aggota yang sempurna tanpa ada cacat celanya. Jadi tidak perlu merungut, sebaliknya hargailah diri kamu dengan menjaga diri agar sentiasa sihat agar apa yang kamu impikan akan terlaksana.

 HARGAILAH IBU BAPAMU

          Mereka telah mendidik dan membesarkan kamu dengan sempurna. Jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan terlalu besar dan tidak terbalas. Jadi antara cara yang boleh kamu lakukan untuk menunjukkan penghargaan kamu pada mereka sementara merka masih ada ialah dengan mengingati hari-hari penting dalam hidup mereka seperti hari jadi, ulangtahun prkahwinan. Selain itu, sediakan jamuan ringan serta hadiah. Biarpun kecil, namun apa yang kamu lakukan begitu besar bagi mereka kerana kamu sentiasa mengingati mereka.

 HARGAILAH TEMAN-TEMANMU

     Ada kalanya kita berasa tidak puas hati dengan sikap teman-teman yang pelbagai ragam. Namun, jangan terlalu cepat untuk bermusuh. Setiap orang ada kelemahnnya tersendiri. Selagi kamu boleh terima kelemahan temanmu itu, teruskanlah berkawan dengannya. Mungkin seburuk-buruk dia ada kebaikannya seperti dia selalu membantu kamu dalam kesusahan dan sering buat kamu ketawa. Tanpa dia hidup kamu terasa sunyi sepi. Jadi, selagi dia ada di depan mata kamu hargailah dia sewajarnya dengan menerima dirinya seadanya. Angan sekali-kali menyakitkan hatinya dan raikanlah hari pentingnya agar dia terasa dirinya dihargai.

 

HARGAILAH MASA DEPANMU

            Hagailah masa depanmu dengan sebaiknya. Lakukan setiap kerja dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Jangan sekali-kali merungut dan tidak puas hati dengan majikan atau kerja yang dilakukan. Kalau kamu sendiri tidak membuktikan apa-apa atau tidak tahu menghargai peluang yang ada, mana mungkin kamu dapat apa yang diinginkan.  


Leave a response

Your response:

Categories