Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

PENDAPAT HERO

 8 CIRI LELAKI BURUAN WANITA : - 

1 – Yakin pada diri : Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering dicari oleh wanita. Lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. Yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum membuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki yang sejati. Sebaliknya, kamu nharus memberi alas an yang kukuh, kenapa kamu tidak boleh melakukan. Penting untuk berlatih besungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

 

2 – Pandai buat lucu : Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu pasal. Harus diingat, untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang akan membuatkan dirinya mengingati dirimu selalu.

 

3 – Romantik : Lelaki yang romantik adalh pandai mengambil hati dan bjak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biarpun seseorang wanita itu kelihatan “ rugged” atau agresif, namun dalam hal teman lelaki, kebanyakannya memilih yang romantik.

 

4 – Wang : Tidak disangkal lagiramai wanita yang bersifat materialistic atau mata duitan. Mereka hanya mahu lelaki yang berjaya dan mempunyai  wang yang banyak sahaja.

 

5 – Bijak : Wanita sering mengimpikan mendapat lelaki yang berpendidikan dan pandai. Wanita juga suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semestinya kamu adalah seorang ahli akademik. Pakailah cermin mata agar kamu kelihatan nampak bergaya seperti seorang intelek.

 

6- Sensitif : Lelaki janganlah terlalu sensitif kerana sebagai tempat untuk berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.

 

7 – Suka kanak-kanak : Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Perbuatan ini menampakkan kamu seorang yang penyayang terhadap kanak-kanak.

 

8 – Bijak berdandan : Lelaki juga kena pandai dalam merawat atau memanjakan tubuh. Selain berpakaian kemas dan sesuai, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Pendek kata, kebersihan tubuh  mesti dijaga kerana ianya memberikan kesan kepada hubungan kepada kamu dan si dia nanti.

 

jejaka idaman malaya...

 

 

 

 


Leave a response

Your response:

Categories