Posted by: yanamasloo | April 17, 2008

- MOTIVASI DIRI

BAGAIMANA  MAHU  LARI  DARIPADA  TEKANAN???

ANTARA PANDUAN  DAN  PETUA  UNTUK  GOLONGAN  MUSLIMAH YANG  TERTEKAN  DALAM  KESIBUKAN  KOTA :

 

1 ) Muslimah harus ingat kelebihan besar mereka adalah dari segi jiwa dan emosinya. Justeru jiwa dan emosi harus dipenuhi. Hanya dia sendiri yang boleh kenalpasti sumber kekuatannya sendiri.

 

2 ) Wanita perlukan kumpulan sokongan yang baik. Selain amalan spiritual seperti zikir, solat, mereka juga boleh tambah ilmu dengan mengikuti kelas agama dam mempelajari kemahiran baru seperti menjahit, memasak dan juga teknologi maklumat.

 

3 ) Cari ketenangan tidak  semestinya dengan wang semat-mata. Cari masa bersendirian di surau atau masjid dengan berzikir dan bersolat untuk pulihkan semangat.

 

4 ) Jangan jadi ’superwoman’. Ramai wanita mahu jadi super, lantas menyebabkan merek stress. Bayar bil, hantar anak ke sekolah, pergi pasar, buang sampah semua ini dilakukan oleh wanita. Pendek kata kerja remeh-temeh wanita yang lakukan, sedankan tugasnya hanya membantu suami.

 

5 ) Kalau rasa perlu bercuti, maka bercutilah. Jangan rasa bersalah untuk buat semua ini kerana ini adlah sebahagian hak tubuh yang mesti dipenuhi.

 

 

 

 


Responses

  1. Kalau mac nak lari dari tekanan just mati sekejap…

    Mati sekejap???

    Tidur ialah MATI yang sekejap
    MATI ialah TIDUR yang lama…

  2. bijak pandai kata jangan lari daripada masalah.. but try to solve it…

  3. a.kum.. satu lagi cara ialah tengok & memerhati alam .. kerna diri kita ni tak dpt dipisahkan ngan alam. Itulah fitrahnya.. akhirnya kita kembali kpd alam jua. wallahualam..


Leave a response

Your response:

Categories