Dilema Wanita Berkerjaya di Kota
Angan-angan hendak jadi ‘orang besar’ di kota. Begitulah keinginan dan kemahuan bagi setiap golongan wanita yang berkerjaya. Dengan selalu menonton televisyen dan melihat paparan drama mengenai wanita berkerjaya dengan pakaian ala korporat, pejabat besar dan cantik. Azamnya mahu masuk universii di kota, kemudian pula menjawat kerjaya bagus di kota. Mereka juga mahu jadi sebahagian warga kota.
Ini adalah antara impian dan angan-angan anak-anak muda sekarang mengenai kehidupan berkerjaya di kota. 20 tahun lalu, kotadilihat sebagai tempat terbaik untuk mencari rezeki. Penghijrahan besar-besaran berlaku, sehinga ramai yang membina keluarga dan kehidupan selesa di kota. Tetapi jika kita lihat pada hari ini, adakah kota masih relevan sebagai tempat mencari ezeki???
Kota besar bukan sahaja merujuk kepada Kuala Lumpur tetapi juga ibu negeri lain yang kian pesat berkembang seperti Johor Bharu, Pulau Pinang, Pahang, Kedah dan juga sebahagian besar Bandar di Sabah dan Sarawak yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari rezeki.
Hakikat hidup di kota, dengan kesesakan lalu-lintas, banjir kilat, system perumahan yang tidak terancang, kos sara hidup yang tinggi adalah antara cabaran yang didepani warga kota. Para wanita tidak ketinggalan untuk berdepan dengan kemelut seperti ini, sama ada mahu atau tidak, mereka terpaksa bersaing juga dengan keadaan.
Bagaimana mereka dapat berdepan dengan cabaran yang dilalui? Bagaimana mereka bergelut dan melepaskan diri daripada perangkap-perangkap persekitaran? Bagaimana pula mereka menyeimbangkan diri antara tuntutan terhadap diri-sendiri, keluarga, dan agama?
BERKERJAYA DI KOTA…. MANA KESEIMBANGANNYA ???
Dalam konteks hari ini, berbaloikah berkerjaya di kota dengan kos sara hidup yang tinggi? Dengan gaji hanya kira-kira RM 2,000 dan tinggal di kota dengan kos perjalanan, minyak, makan minum, tol, masa, dan juga keletihan. Jika kita lihat, pendapatan seperti ini memang tidak berbaloi. Siapa yang tak terperangkap dalam kesesakan setiap hari, berdepan pula dengan urusan pejabat yang tak habis-habis, balik rumah urus anak-anak dan suami pula bagi yang telah berumahtangga.
“Kunci kepada semua ini, para wanita yang berkerjaya perlu memahami hakikat keseimbangan kehidupan. Ini meliputi emosi, spiritualdan quotient (ESQ) selain fizikal (F).FESQ ini sangat penting kerana wanita sekarang mengalami keletihan (fizikal dan mental) yang sangat ketara.” Kata Ustazah HHajah Hazlina Abd. Razak iaitu Ketua Wanita Angkatan Belia Islam Selangor.
Yang paling utama kata Hazlina, “kita sebagai wanita harus memikirkan semula keutamaan hidup. Untuk apa kita hidup, adakah semata-mata untuk duit? Berdasarkan ajaran Islam, kehidupan kita adalah untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Justeru sanggupkah kita korbankan segala-galanya untuk dunia sehingga terpinggir akhirat?”
Atau kita lepaskan dunia, langsung enggan bekerja untuk mengeja akhirat? Sedangkan Allah sudahpun tegaskan , kita adalah khalifah di muka bumi, apatah lagi jika kita punyapendidikan , maka sewajarnya kita berusaha dalam menyumbang semulakepada agama, bangsa, dan negara yang tercinta.
KOTA TAK RELEVAN LAGI
Jika kita melihat di dalam beberapa aspek, berkerjaya di kota sudah tidak relevan lagi dalam konteks hari ini. Sebaliknya dengan kewujudan teknologi maklumat dan komunikasi, sudah wujud kerjaya berasaskan e-home, yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Bagaimanapun untuk membina kerjaya begini memerlukan prasyarat iaitu pengetahuan, kemahiran, dan keupayaan.
Pergelutan hidup di kota juga menyebabkan kita perl mempertimbangkan semula beberapa perkara jika ingin membina kerjaya di sini. Antaranya pengurusan masa, kerana masa mungkin bakal dihabiskan untuk hal yang tidak perlu Walaupun pengangkutan awam seperti komuter, ERL, star dapat mengelak kesesakan lalu-lintas, tetapi itu mengambil masa yang lama pula.
Jika memandu sendiri, kita berdepan pula dengan kesesakan lalu-lintas, malah di laluan lebuh raya juga sekarang sudah sesak. Justeru timbul isu, adakah kita memerlukan masa anjal untuk bekerja dan adkah hal ini sudah terlaksana baik di mana-mana pejabat? Atau mungkinkah pembayaran gaji dibuatkan berdasarkan jumlah jam seseorang bekerja dalam seminggu? Sistem kita juga dipertikaikan, adakah masih relevan dengan keadaan? Anak-anak bangun sebelum subuh dan ke sekolah dalam gelap, lantas mendedahkan mereka pada ancaman keselamatan.
Kesan terbesar terhadap semua ini, akhirnya boleh menjejaskan kemanusiaan. Timbul persaingan sengit dari segi tempat, menyebabkan kota semakin sempit. Hubungan kekeluargaan terjejas, ibu bapa keluar rumah sbuh dan hanya baik selepas waktu maghrib. Kos sara hidup meningkat menyebabkan kita melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidup, termasuk yang bertentangan undang-undang. Natijahnya ini meningkatkan lagi kadar jenayah.
Kesibukan tinggal di kota juga kata Hazlina, menyebabkan kita tiada masa untuk menigkatkan diri dari segi keagamaan dan kemahiran. Segala amal ibadat dilakukan secara ekspress, malah kita juga banyak makan makanan segera, pakai duit segera (kad kredit) dan akhirnyakita mati segera kerana serangan pelbagai penyakit!
NIAT BEKERJA
Seimbangkah hidup begitu? Adakah kehidupan begini yang kita mahu? Di mana fungsi kita untuk jadi Khalifah Allah, kalau kita bekerja hanya untuk mengisi perut dahulu? Dalam Islam, fungsi bekerja sebagai menyatakan kesyukuran kepada Allah dan menumbang semla. Tetapi jika ini yang berlaku, di mana terlataknya niat kiat sebenar?
Namun, Hazlina tidak menafikan lagi, dalam dunia reality hari ini, hampir semua wanita bekerja kerana mereka harus menampung kos sara hidup yang tinggi. Bagaimanapun katanya, niat sebenar wanita bekerja adalah untuk membantu (suami sebagai ketua), bukan melebihi.
“Tapi apabila sibuk bekerja lebih masa, kerja samilan, berjualan di pejabat lepas kerja, ia mungkin bukan lagi unuk keperluantetapi untuk kemewahan,”katanya.
Tegasnya juga, Islam tidak menghalang umatnya untuk mendapatkan kemewahan, malah Islam memang menggalakkan umatnya hidup kaya-raya. Namun yang jadi salah, apabila kemewahan menyebabkan kita mengabaikan keutamaan.
PILH SATU SAHAJA
Jika pandangan sampingan sudah melebihi pendapatan tetap, wanita harus berfikir kemungkinan memili satu sahaja.
Dalam suasana hari ini yang rata-ratanya bertumpu kerja di kota. Wanita juga harus mencipta kerja daripada berharap kerja makan gaji sahaja. Kadangkala rasa hairan juga, ramai graduan sanggup bekerja walaupun dengan hanya memperolehi gaji yang tidak setaraf dengan kelulusan yang ada. Ini kerana merka mahu berkerjaya di kota. Itu memang tak sesuai bagi saya, ujarnya dengan nada kecewa.
apapun kita kena fikir dulu apa yang kita buat
By: syikinyahya on April 17, 2008
at 6:39 am
era IT sekarang memang wanita berkerjaya kan…tapi AWAS kerja2 jugak tanggungjawab jgn lupa.. actually rumahbatu lerr…
By: rozzuwanimohamad on April 18, 2008
at 4:21 am