Sinki Roboh ???
Oleh: MARIANA MUHAMAD
NILAI- Walaupun hampir dua semester berlalu, namun bagi sebahagian penghuni Kolej Kediaman Nilam Court masih tidak berpuas hati dengan keadaan sinki dapur yang rosak teruk di rumah mereka tanpa sebarang tindakan dari pihak berwajib.
Masalah ini berlaku terutamanya bagi rumah-rumah yang mempunyai kabinet di dapur.
Menurut salah seorang penghuni, Nurhidayah Ahmad, 21, masalah ini berlaku sejak semester lalu.
“Saya tidak tahu apa puncanya, kerana tiba-tiba sahaja sinki tersumbat dan pada mulanya tidak dapat mengalir dengan baik,” ujarnya.
“Kesemua penghuni rumah ini telah membuat aduan kepada pihak pengurusan asrama, tetapi sehingga kini pihak berwajib hanya memandang sepi tanpa sebarang tindakan dan alasan yang konkrit,” tambahnya tegas.
Menurut Muslimah Sanan, 24, masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku secara berpanjangan kerana ianya amat menyusahkan para penghuni.
“Masalah sinki roboh dan mudah tersumbat ini mengeluarkan bau busuk dan ianya tidak menyenangkan banyak pihak. Diharap agar pihak kontraktor dapat menggunakan bahan-bahan yang lebih berkualiti dan tahan lama demi untuk kemudahan dan keselesaan penghuni,” jelasnya.
Seorang lagi mangsa, Nik Salbiah Sanusi, 21,menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan asrama yang hanya memandang perkara ini sebagai masalah yang kecil.
“Kerja-kerja pembaikan dilakukan sesuka hati dan tidak mengikut waktu yang ditetapkan. Saya rasa kedua-dua pihak perlu mengambil berat dan berganding bahu untuk sama-sama mengatasi masalah ini,” ujarnya.
“Saya juga berharap agar pihak pengurusan asrama dapat melakukan pemantauan terhadap rumah yang kerap kali bermasalah sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi mengatasi masalah seperti ini supaya tidak berulang lagi,” katanya penuh harapan.
Apabila USIM Today bertanyakan hal ini kepada pihak pengurusan asrama Kolej Kediaman Nilam Court, mereka menyatakan bahawa perkara ini telah diutarakan kepada pihak pemaju. Namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil. Pihak asrama berharap agar pelajar dapat bersabar se-hingga kerja baik pulih dijalankan.

wahh teruknyee…sinki roboh, salah siape tuu?? pengguna atau pemaju??
By: rozzuwanimohamad on April 18, 2008
at 4:16 am